Pembeliaan Soyuz - Hentikan Kegilaan Ini

Kata Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha:

“Saya harap kementerian akan lebih giat lagi dalam mempromosikan program penerokaan angkasa lepas kepada pelajar kerana saya lihat kita seperti tiada tujuan.

“Tidak tahu ke mana arah program angkasawan ini,” katanya

sumber: Berita Harian

Pembelian Soyuz bantu tingkat minat terhadap angkasa lepas

PETALING JAYA: Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berharap kerajaan akan menerima tawaran Russia untuk menjual kapsul Soyuz kepada Malaysia.

Katanya pembelian kapsul itu amat penting bukan saja daripada segi teknologi tetapi juga pendidikan generasi muda terhadap program penerokaan angkasa lepas.

“Pembelian kapsul Soyuz adalah penting untuk menunjukkan bahawa inilah kapal yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk ke angkasa lepas,” katanya pada sidang akhbar Avon Walk Around The World For Breast Cancer di sini, hari ini.

Beliau berkata pembelian kapsul Soyuz bukan sahaja berunsurkan teknologi tetapi lebih kepada program pendidikan untuk menarik minat lebih ramai pelajar mengenai angkasa lepas.

Ahad lalu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata jika harga yang ditawarkan bersesuaian, kerajaan akan menimbangkan untuk melaksanakan pembelian kapsul itu tetapi keputusan itu tertakluk kepada kajian terperinci kementeriannya.

Dr Sheikh Muszaphar turut berharap lebih banyak program pendidikan mengenai penerokaan angkasa lepas dijalankan.

“Saya harap kementerian akan lebih giat lagi dalam mempromosikan program penerokaan angkasa lepas kepada pelajar kerana saya lihat kita seperti tiada tujuan.

“Tidak tahu ke mana arah program angkasawan ini,” katanya. - Bernama

Popularity: 20% [?]

1 Response to “Pembeliaan Soyuz - Hentikan Kegilaan Ini”


  1. 1 KNizam May 22nd, 2008 at 3:17 pm

    banyak lagi boleh belanja tempat lain kan. huhu :)
    KNizam’s last blog post..The Day My Maxis Sim Card Went Kaput ! Aiyyyaaa Why Lah Ini Macam Lor ! Hehe :)

Leave a Reply




Subscribe

Subscribe to my RSS Feeds